Konfigurasi semula Kelas Laksamana

Setelah dioperasikan hampir sepuluh tahun, kapal-kapal kelas Laksamana memerlukan pengubahsuaian untuk menepati keperluan semasa TLDM. Terdapat cadangan dari dalam TLDM untuk mengkhususkan peranan kapal-kapal ini kepada tugas anti udara. Disebabkan saiz kapal yang kecil, peralatan terkini yang lebih berat sukar dimuatkan. Peranan anti kapal selam mungkin terpaksa dilucutkan bagi memberi laluan kepada cadangan menambah bilangan peluru berpandu Aspide kepada lapan. Dalam konfigurasi begini, kapal-kapal kelas Laksamana akan bertindak sebagai payung pertahanan udara armada.